UTHM tempatku bernaung , tempatku menimpa ilmu , tempatku untuk mencipta sejarah , tempatku untuk
bertemu jodoh ??? tempatku untuk bertemu sahabat sejati dan tanah tumpah darahku.
Assalamualaikum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia singkatannya adalah UTHM. Ia terletak di negeri Johor dan Universiti ke dua selepas UTM. Berada di daerah Batu Pahat dan di kawasan parit raja. UTHM merupakan Universiti kerajaan dan bukannya swasta. Di Johor , UTHM di kenali dengan nama lamanya iaitu KUiTHO. UTHM juga merupakan tempat aku belajar sekarang dan menjadi Universiti pertama yang aku jejak kaki ( haa yeke ? bukan sebelum ini aku ada gi ke UM dan UPM ??? )
Berbalik pada cerita asal. Masa aku isi UPU selepas matrik dulu UTHM tidak silap aku letak dekat pilihan ke dua. Aku pun tidak tahu kenapa aku letak kat pilihan kedua. Sampai sekarang aku masih terfikir- fikir. hahaha. Aku pun tidak tahu samada pilihan UTHM ini adalah pilihan yang sesuai ataupun tidak. Walaubagaimana pun aku dah ada kat sini kan nak wat macam mana ..huhu :p
Sebelum ini aku tidak pernah dengar nama UTHM ini. Universiti yang aku pernah dengar sebelum ini cuma UM, UPM ,UKM ,USM , UTM ,UiTM dan UPSI sahaja. Memang tidak terlintas langsung dengan nama UTHM ini. Aku rasa hanya orang duduk Johor sahaja tau UTHM wujud. Ada yang setengah orang Johor tidak tau UTHM kat mana apa entah orang lain. Aku dapat tau UTHM ini sama berada di Matrikulasi. Ramai juga tanya aku UTHM? UTHM? kat mana tu ? Universiti swasta ek? separuk kerajaan separuh swasta ke? tak pernah dengar pon UTHM tu ?.annoying kan soalan tu. Tapi Alhamdulillah sekarang UTHM sedang berusaha untuk meningkatkan nama nya di Malaysia
Jurusan yang aku dapat kat sini adalah Civil Engineering. Ini pun menjadi tanda tanya sebab aku tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini . Haha. Takdir menentukan segalanya kita hanya go with the flow sahaja. hewhewhew :P
Jadi sebelum aku gi UTHM ini aku buat lah research tentang UTHM. Setelah kaji selidik aku dapati UTHM mempunyai Library yang terbesar di asia tenggara. Fuyoooo .. tak sabarnya nak pergi library .Hahah. Aku dapat tahu juga masjid UTHM sangat cantik dan Dewannya jugak besar dan berbentuk helang. Dengan perasan ini aku bawa bersama untuk meninggalkan negeri sembilan lalu pergi ke negeri Johor .
Perasa kali pertama jejak kat UTHM adalah gementar. Mana tak nya punyalah ramai manusia beratur untuk sesi pendaftaran. Ya Allah sesak nya dengan panas lagi rimas rimas. Selepas pergi daftar U baru di beri daftar kolej kediaman. Nama kolej kediaman dia adalah KK perwira. Dan kolej nya berada di luar UTHM kira- kira 1.5 km dari kampus utama.
Kolejnya macam pangsapuri iaitu 1 rumah ada 5 bilik dan 1 bilik di kediami oleh 2 orang. Dia ada berapa ek blok tidak kira pulak. haha..ada dalam 6 blok rasanya la kot..:p ada jugak penempatan khas untuk para Palapes. Bukan kuih lapis ye. Palapes ini adalah satu badan aktivti kokurikulum di mana mereka- mereka yang ingin enyertainya akan melakukan aktiviti seperti seorang askar. Di syorkan kepada orang yang suka lasak dan pandai menguruskan masa mereka. haha
Alhamdulillah aku ditempatkan bersama- sama dengan budak - budak ex - matrik. Ramai juga budak matrik johor kat sini jadi aku tak ada lah kesorangan. Alhamdulillah juga aku dapat kawan - kawan yang baik dan boleh di percayai . Ada juga yang aku tak minat dan tak ngam tapi kita persetankan semua itu. haha
Secara keseluruhannya kehidupan Universiti ini telah mengajar aku pelbagai - pelbagai benda. Pengalaman demi pengalaman telah aku terokai. Ini juga telah menjadikan aku ke dalam alam dewasa. Jadi nasihat aku bagi siapa yang nak masuk universiti, jangan takut melakukan kesilapan . Dengan kesilapann itu lah yang menjayakan kita. peace
Sekian
Assalamualaikum. I came across your blog when i did some research abt uthm. Thanks for the useful information! InsyaAllah saya akan daftar di uthm for this sept intake. Cuma nak tanya, pelajar uthm kena libatkan diri dgn koko ke? Thank u! ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethank you for your nice sharing :)
ReplyDelete