SLE? Apa itu SLE?
Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu SLE, anda akan mengetahuinya sebentar sahaja lagi..
SLE aka Systemic Lupus Erythematosus adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan proten darah dengan banyak. Proten darah yang di panddil antibodi ini sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE ini tidak diketahui sampai sekarang.
Penyakit ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi , buah pinggang , paru-paru , sistem saraf atau organ - organ lain di dalam badan. "Lupus" berasal dari perkataan Latin bererti serigala. Ini kerana seorang doktor Perancis yang mula - mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok - tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.
Jenis - jenis Lupus
Discoid Lupus Erthematous (DLE)
- Hanya melibatkan kulit (Malar rash)
- Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
- Boleh merebak ke organ lain
- Boleh mengakibatkan kematian
- Menyerang mereka yang berumur di antara 15 hingga 45 tahun
Siapa Yang Mendapat SLE ?
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus yang mendapat SLE adalah kaum wanita sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak - kanak. Bagi kaum wanita , SEL biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak dan jarang sekali berlaku sewaktu kanak- kanak atau setelah putus haid.
Apakah Yang Menyebabkan SLE?
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi
dikenalpasti. Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan
kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama
ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang
dialami.
Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya
para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada
punca SLE.
Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi,
pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya
tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya
tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan
faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon.
Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal
seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh
merosakkan organ dan tisu.
Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi
antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian
nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang
menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu sama ada
sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE
yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak
diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.
Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung
seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di
bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE
sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan
menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari.Samada seseorang itu
mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang
lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
- Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
- Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
- Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
- Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
- Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
- Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
- Sawan, strok dan gangguan mental
- Risiko untuk mendapat darah beku
- Kerap keguguran bayi
- Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
- Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah.
Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan
SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk
mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.
Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami
dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor
dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman
dan kesedaran tentang penyakit SLE.
Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan
pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan
diagnosa dengan tepat
dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah
kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat
membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah
dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat
diagnosa yang tepat.
Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung
kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat
pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi,
nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik.
Untuk menentukan pesakit SLE
dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung
tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare)
serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE
dari terus rosak.
untuk memdapatkan maklumat lebih lanjut sila rujuk pada doktor anda atau layari laman web mengenai SLE
PS : Kawan aku telah disahkan menghidap penyakit ini. Harap anda semua berdoakan kesihatannya. PRAY FOR NOR AZIMAH BT MARIMIN .
No comments:
Post a Comment