Aku masuk matrik pada bulan 5 tahun 2012 , so dah 2 tahun aku tinggalkan dunia matrik ni. Jadi kenapa aku tetiba nak cite pasal matrik ni? saje suka hati aku lah blog aku kan..hewhew :P
Dunia matrik merupakan satu dunia baru buat aku kerana ia kali pertama aku berjauhan dari keluarga. Macam mana nak hidup ini? makanan sedap tak kat matrik? adoi kena berjumpa kawan baru :'(
Itu lah persoalan yang sering timbul di fikiran aku.
Sewaktu untuk menerima tawaran matrik dulu, aku ada dengar ura-ura yang menyatakan bahawa kehidupan matrik ni susah, belajarnya susah dan ada kemungkinan akan dapat kos lelong untuk sambung degree. Tapi persetankan semua itu , aku teruskan niat untuk masuk matrik di Kolej Matrikulasi Johor tangkak yang aku memang tidak pilih pon di UPU. Entah macam mana boleh dapat pulak kat situ. haha
Jadi selepas aku masuk matrik, selama 1 semester semua okay sahaja, belajar pon okay dan tenaga pengajar semua bagus. Aku jumpa kawan-kawan baru dan sikit demi sedikit aku dapat menyesuaikan diri walaupun pointer aku untuk sem 1 tidak memberansangkan.
Sebut pasal pointer, aku ingat lagi debaran untuk dapat pointer sem 1. Katanya sesiapa yang bawah 2.5 kena tendang. Perasaan kami pada masa Ya Allah bagi kan jantung pisang di cabut ( ada ke perpatah ni) . Tapi Alhamdulillah , Aku tetap meneruskan pengajian.
Masuk Sem 2 ada perkara yang tidak menyeronokkan telah berlaku. Perpecahan telah berlaku di antara kami. Ramai manusia-manusia telah menunju belangnya dengan menikam kawan dari belakang. Ada rama yang talam dua muka ada jugak yang talam 34 muka (punya teruk bermuka-muka dia) . Tapi pengalaman ini telah mengajar aku ke alam yang lebih dewasa.
Alhamdulillah , masih ada lagi kawan-kawan aku yang memahami tentang diri aku. Aku tau yang diri aku ini bukan lah baik sangat tapi tidak perlu lah sampai perlu tikam kawan kerana aku tidak pernah sedemikian dengan rakan-rakan aku. Aku mengharungi Sem 2 dengan tabah dan berusaha keras untuk mengubah nasibku. Akhirnya sem 2 berakhir dan aku dapat tawaran masuk ke UTHM aka Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Walaupon bukan universiti pilihan pertama, tapi aku bersyukur kerana dapat meneruskan pengajian.
Walaupun banyak kisah- kisah yang terjadi di KMJ , tapi aku malas gila nak cerita . Ini kerana orang tua-tua kata
let the past be the past , we focus only on the futureokay lah sekian sahaja ceritanya. haa see you when i see you.
ps : Aku dapat berita kawan aku masuk hospital Tun Aminah JB. Doakan dia semoga cepat sembuh. Nor Azimah bt Marimin PRAY FOR AZIMAH
anual dinner KMJ 2011/2012
Ms 10 2011/2012
candid picture
No comments:
Post a Comment