Thursday, 23 January 2014
Cuti Semester
CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUT ICUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI MALAYSIAAA
Cuti semester sudah tibaaaaaaa....
hooyahhhhhhhhhhh!!!
Assalamualaikum
Lama dah tidak post apa-apa kat blog ini. hahaha. Bukan tak nak post cuma masa dan berukband yang tidak mengizin untuk "mengpost" apa-apa. Cuti sem sudah bermula dan sudah seminggu aku duduk kat rumah ini. Macam biasa rutin harian adalah makan, minum, tidur, tengak anime dan main game.
Fuhhh nasib baik stok anime banyak adalah juga benda untuk isi masa lapang.cewahh gitu. haha
Tapi cuti sem kali ini sekejap je , tak sampai sebulan pon kerana 28/1 nanti ada Survey camp pulak. Seminggu nokk duduk kat melaka buat ukur tanah. Hitam lah den nak oiii...hahaha
Nak buat macam mana dah tanggungjawab sebagai student untuk berkhidmat mendapatkan ilmu kan..haha
terimo lah seadonyo. haha.
Sem 3 telah banyak memberi memori yang panit dan manis. Sem 3 juga lah kali pertama aku duduk rumah sewa. Banyak juga belanja nya dengan bill api yang tinggi , bill air lagi dan nasib baik tak ada bill internet. haha. Tapi dengan pengalaman ini lah akan mendewasakan kita semua. Tanpa pengalaman bagaimana kita nak ubah diri kita ke arah yang lebih baik kan .. haha
Sem 3 juga banyak cabaran dan dugaan yang melanda diri. Dengan Pensyarah- pensyarah yang tegas dan sukar untuk memberi markah. Dengan rakan - rakan yang menimbulkan masalah . Dengan JPA yang tolak tawaran .. huhu :'( . Dengan tidak cukup duit untuk belanja. Dengan keluar jalan - jalan pergi KL ( :p) Dengan pergi trip ke singapure lagi . Macam - macam ada dekat sem 3 ini. Betul orang cakap tahun 1 tidak rasa sangat kepayahan dan kesusahan bila dah masuk tahun 2 macam- macam kita akan lalui. Tapi InsyaAllah bila masuk tahun 3 nanti pengalaman yang telah terjadi akan di ambil iktibar dan di jadikan pedoman dalam hidup agar dapat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. haha
Sebenarnya banyak perkara yang aku nak perceritakan di dalam blog ini. Oleh kerana hari tu sibuk study , kekangan masa itu mendjadi penghalang untuk aku meneruskan cerita aku dalam blog ini. InsyaAllah sepanjang cuti sem ini aku akan menulis kisah- kisah aku di dalam blog ini. hehehe
Harapan aku untuk survey camp 28/1 ini nanti , tolong lah jangan panas dan berikan aku ahli kumpulan yang boleh di harap. haha . Harapan untuk sem 4 , di harap dapat pensyarah yang boleh membantu pelajar dan mengajar dengan cara yang mudah agar pelajar mudah memahaminya. Di harap sem depan semua benda baik- baik belaka. InsyaAllah
Sekian
PS : blog entri kali ini tak ada gambar. sorry haha..:P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment